"Mengapa kita kena jadi kaya? Bukannya boleh bawak ke kubur pun duit banyak-banyak tu!"
Jawapannya: agar semua duit-duit tu dapat memberikan manfaat kepada orang lain yang masih hidup. Kepada isteri-(isteri).. untuk digunakan sebagai pemangkin kepada keterusan hidup agar tidak megalami nasib seperti kisah ibu malang. Kepada suami agar dapat menjaga anak-anak dan mencari ibu baru untuk anak-anak kita.. huhu..??!! Kepada anak-anak agar wang tersebut dapat membantu mereka meneruskan hidup dan mendapatkan pendidikan yang sempurna untuk masa depan mereka. Kepada ibu & bapa untuk mengubat sedikit kesedihan kerana kehilangan seorang anak. Untuk bank & pemiutang-pemiutang yang lain agar tidak menganggu di akhirat kelak kerana menuntut hutang yang tertangguh.
Sekarang tanya pula "Mengapa kita perlu mati dalam keadaan miskin?"
Sudahlah tidak meninggalkan sebarang harta @ kebaikan kepada keluarga.. malah menyusahkan lagi mereka dengan hutang-hutang anda.. nanti orang kata.. "Sudahlah hidup menyusahkan orang.. dah mati pun nak menyusahkan orang lagi!" Uhh!.. Kan sadis bunyinya tu.. But it's happen. I've seen a lot of cases.
p/s: Saya pernah lihat kisah si "anak-anak" bergaduh selepas kematian bapanya.. bukan sebab merebut harta.. tapi sebab "siapa yang nak bayar kos batu nisan bapa mereka.." takkan sampai macam itu anak-anak sekarang..?
Tapi, bukan lah kita manusia sempurna jika kita sudah kaya.. Bukanlah bermaksud Tuhan sudah benar-benar sayangkan kita, maka kita kaya.. Bukanlah bermakna kita bisa mendabik dada bercerita berapa harga sebijik rumah banglo kita, berapa kos renovate rumah kita.. berapa bijik kereta tersusun di garaj rumah kita.. Berapa kali setahun kita pergi melancong ke luar negara.. bukan Bandung atau Jakarta tapi Perth.. Sydney, Tokyo, Paris, Europe, Turki.. malah sebut saja negara apa, satu peta dunia susah dijejakkan kaki.. huh!!.. cukup hebatkah kita..??!!
Tapi, lazimnya, manusia lupa..
Tuhan berikan ujian kesenangan.. untuk melihat betapa bongkak dan sombongnya kita.. Dan ujian kesusahan, betapa cekalkah hati kita, betapa tabah atau tidakkah kita.. atau merungut saja kerja kita..