Dua watak penting:
Jaha yang hidupnya tak kerja tapi duk jual perempuan, kaki samseng (gedeber orang Kelantan kata).. panas baran, tagih dadah dan jual dadah.
Danny/Buchek watak dia berlawanan dengan Jaha, Warak – tak ponteng sembahyang walau dalam apa jua keadaan, lepasan UM yang masih mencari2 kerja, ada girlfriend (Bienda).

Beberapa item menarik:
1) Istilah yang mungkin kita tak tahu pasal bende2 dadah nih.. Pil kuda dorang sebut ‘batu’. Ubat batuk dorang panggey ‘Gas atau geh’. ‘Kaccip’ istilah untuk hayal bebetul. Harga sebotol kecik mineral untuk 'geh' RM100++ woo..
2) Satu babak yang semua orang mesti ingat bila tonton filem ni, masa Jaha merogol sorang pempuan (Ana) yang lari dari rumah.. memang real.. siap member2 pegang kaki tangan.. huh.. berpeluh nengok!!
3) Bende yang real pasal filem ni: keadaan rumah lelaki bujang yang kotor dan busuk(ini bukan tertakluk pada budak Kelantan je ni).. hehe.. Perangai segelintir budak Kelantan yang panas baran dan gedeber..!!(tak semua ni), sikap perkauman dorang.. (segelintir je nih)..
Dia berkisar pasal Jaha dan Buchek yang bertemu kembali selepas lama tak jumpa. Simple saja. Jaha pelawa Buchek tido di rumahnya sebab dah lama tak jumpa, nak borak panjang. Dalam perjalanan ke rumahnya, Jaha singgah untuk membeli ‘Geh’ dan pengaruhi Buchek untuk minum sama.. Lepas tu, Jaha culik pempuan dan dalam perjalanan untuk menjual pempuan itu, mereka singgah di stesen minyak dan Buchek melepaskan pempuan itu.
Then, Jaha cuba mengurat Chek Nor (which is Buchek’s girlfriend), sebab dia tak tahu itu gf Buchek.. Sebab rasa bersalah, Jaha cuba mintak maaf dengan Chek Nor.. Tapi, Chek Nor menolak..
Filem ni consider not bad tapi, still tak cukup gali.. macam filem2 Melayu lain jugak.. so, kita bagi 3/5.