DILARANG U-TURN
Jangan berputus asa, berpatah balik dan menyesal.
JALAN DUA HALA
Komunikasi dua arah. Laluan kepada kedua-duanya untuk meluah kata dan pendapat.
SEDANG DALAM PEMBINAAN
Hubungan sentiasa dalam pembikinan atau baik pulih. Jangan terlalu memaksa dan mendesak. Jangan ungkit kisah lama.
PEJALAN KAKI
Beri ruang dan jalan untuk orang lain juga. Bukan kita berdua sahaja di landasan hidup kita sekarang. Ada elemen-elemen luaran yang masih banyak.
JALAN BENGKANG BENGKOK
Perjalanan hubungan masih jauh dan penuh berliku.
JALAN SEMPIT
Ada kala jalan semakin sempit. Beri ruang seadanya antara satu sama lain. Andainya tiada tolak ansur, pasti akan mengundang bencana.
AWAS! JALAN BERBUKIT
Jangan terlalu menekan di saat tertekan.
JARAKKAN KENDERAAN
Beri ruang pada diri sekali sekala untuk menyendiri. Janganlah mengongkong. Namun letakkan pada jarak selamat. Terlalu jauh merbahaya! Terlalu dekat, jangan sampai melemaskan.